Friday, April 10, 2009

RUSUHAN BOLA SEPAK

Baru-baru ini negara kita telah di kejutkan dengan satu peristiwa yang sungguh mengejutkan..

dunia bola sepak tempatan telah digemparkan rusuhan yang berlaku di Kota Bharu..

rusuhan ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir piala fa di antara kelantan dengan negeri sembilan...

Perlawanan itu yang berkesudahan Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong fanatik Kelantan di dalam Stadium mahupun di luar Stadium...

Dipercayai rusuhan itu berlaku kerana tindakan penjaga gol veteren Kelantan iaitu Halim Napi yang bertindak menumbuk dan menyerang pemain pertahanan Negeri Sembilan iaitu Aidil Zafuan...

Babak yang berlaku di dalam Stadium Sultan Muhammad ke 4 tidak berakhir di situ tetapi telah melarat hingga ke luar stadium.. tindakan segelintir penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati telah melakukan rusuhan menyebabkan sebuah LAND ROVER POLIS menjadi mangsa keganasan tersebut.. selain itu dipercayai juga 10 buah kenderaan lain turut menjadi mangsa termasuklah keretatan sri anuar musa sendiri.. kejadian rusuhan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 hanya dapat dileraikan oleh pihak berkuasa pada pukul 1.00 pagi...



Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan menyebabkan rusuhan:

1) Ekoran halim napi menyerang pemain lawan..

2) Kemungkinan pihak Fru tersilap menahan penyokong yang membaling objek..

3) Ekoran kekalahan kelantan kepada negeri sembilan..

4) Kelemahan pihak terlibat untuk mengawal keselamatan dengan baik..

5) Kurangnya kesedaran yang merusuh terhadap semangat kesukanan yang tinggi..



Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan rusuhan telah menyebabkan imej bola sepak Kelantan menjadi gelap.. hanya kerana segelintir penyokong yang melakukan rusuhan pada malam iti, persatuan bola sepak kelantan (KAFA) telah didenda keras oleh FAM.. AKIBAT NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.. Kelantan tidak lagi boleh beraksi di Stadium Kota Bharu sehingga ke penghujung musim selain didenda ratusan ribu ringgit...



Kesimpulanya kejadian yang berlaku di Kota Bharu haruslah di jadikan iktibar kepada semua pihak.. penyokong Kelantan tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana daripada 25 000 oramg yang hadir pada malam itu.. mungkin tidak sampai seribu orang yang melakukan rusuhan tersebut.. jadi semua pihak harus bekerjasama bagi mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini.. FAM harus memikirkan jalan untuk memulihkan prestasi skuad kebangsaan bukannya asyik mendenda pemain dan persatuan yang didapati bersalah saje..

fikir-fikirkanlah..



ikhlas dari peminat bola sepak...

2 comments: