Berita Harian 10 apr 2009
Kafa mungkin tarik diri dari Liga Malaysia
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkemungkinan besar menarik diri daripada saingan Liga Malaysia jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap dengan hukuman melarang pasukan itu daripada beraksi di gelanggang sendiri sehingga penghujung musim ini. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata kantung persatuan itu diisi dengan kutipan tiket semata-mata dan sekiranya hukuman Kelantan beraksi di gelanggang berkecuali kekal, persatuan itu dijangka menanggung kerugian mencecah RM2 juta. Insiden ini tercetus dari tindakan penjaga golnya yang bersifat dan bersikap seperti manusia yang tidaak berotak dan tiada tamaddun.
Dengan tindakan provokasi inilah yang menaikkan semangat penonton untuk merusoh. Kebiasaannya gelagat ditengah padang inilah yang akan membawa padah dan berpanjangan diluar padang dan di luar stadium. Lihat apa harga yang perlu dibayar. Kenderaan yang rosok boleh diganti. Mata remaja yang buta boleh diganti ? Polis juga yang disalahkan. Saman juga KAFA kerana kegagalan pemainnya dan kawalan keselamatan stadium yang longgar.
Sekiranya inilah pemikiran seorang Presiden Bola sepak tempatan asyik yang membuat ugutan , maka selama itulah mutu dan tahap keselamatan bola sepak tempatan akan kekal ditakuk lama.
Kejadian begini bukan asing berlaku di stadium Sultan Mohamad ke IV. Seingat saya , termasuk insiden kecil dan besaar dah hampir 8 kali dalam tempoh 10 tahun ke belakang. Jika tindakan tertentu tidak diambil maka iaa mungkin menjadi ikutan oleh peminat-peminat negeri lain.
Hukum mereka dan pegawai serta peminat Kelantan seberat mungkin bagi memberi pengajaran kepada negeri-negeri lain juga.
No comments:
Post a Comment